Wednesday, 14 September 2011

Penyimpanan Peralatan Sains


  • Radas kaca
          Semua radas kaca perlu dibersihkan  sebelum disimpan. Bahan-bahan kaca disimpan dalam almari tertutup. Untuk keselamatan, radas disimpan di tempat rendah. Semua radas disusun mengikut saiz. Radas kecil seperti piring petri dan slaid mikroskop disimpan di dalam dulang, kotak atau laci tertutup dan dilabel. 
  • Bahan kimia
            Bahan kimia seperti bahan berasid atau beralkali tidak perlu disimpan di dalam makmal. Bahan ini boleh dibawa dari rumah apabila perlu. Murid-murid diingatkan bahawa bahan-bahan ini boleh mengakis kulit dan mata. Botol spesimen dengan awet basah disimpan dalam almari kaca terkunci dan perlu ditutup dengan ketat. Ini terutama sekali jika larutan formalin diguna. 

            Bahan kimia berbahaya harus dlabel dengan simbol yng berkaitan dan disimpan mengikut jenis. Untuk setiap jenis bahan kimia, botol diatur ikut urutan abjad. 
  • Radas optik
             Radas optik perlu disimpan dengan berhati-hati agar tidak tergores.Kepingan stirofoam diguna untuk menyimpan radas optik seperti kanta dan prisma agar mudah dipindah dan selamat. 

            Mikrokop dan binokular disimpan di tempat yang kering. Keadaan kering dapat diwujudkan dengan gel silika atau disimpan dalam almari dengan mentol yang berpasang untuk mengelakkan pertumbuhan kulat. 
  • Radas elektrik

             Radas elektrik harus diselenggara dengan betul. Jika ada radas yang rosak, pembaikan perlu dibuat dengan segera atau diganti.Juru teknik berpengalaman diperlukan untuk radas elektrik yang kompleks seperti projektor overhead dan peti sejuk. 


             Murid sekolah rendah hanya dibenarkan bereksperimen dengan bekalan elektrik dari bateri. Radas elektrik lain hanya diguna oleh guru dan ditunjukkan oleh guru melalui demonstrasi. 
                  

No comments:

Post a Comment