Wednesday, 14 September 2011

CARA SELAMAT MENGGUNAKAN RADAS KACA


  Memanas dan Menyejuk

Æ     Jangan tinggalkan radas dengan tidak diawasi semasa penyejatan. Ini mungkin menyebabkan radas meletup atau retak apabila meningkat kepada keadaan kering.

Æ     Sentiasa sejukkan radas selepas pemanasan dengan perlahan-lahan. Ini akan menjauhi radas daripada pecah secara terma.

Æ     Jangan memanaskan radas di bahagian yang tercakar atau retak. Di sini kekuatan terma adalah lemah.

Æ     Pastikan radas kaca tahan terhadap suhu panas sebelum dilakukan pemanasan.

Æ     Selalu gunakan batu didih di dalam radas semasa kandungannya perlu dipanas secara mengejut atau cepat.

  Mencampur dan Mengacau

Æ     Semasa menggunakan alat pengacau sama ada kaca atau pengacau mekanikal, anggaran mesti dibuat terhadap tingginya pengacau tersebut untuk mempastikan pengacau tersebut tidak mengenai ke permukaan bawah dan tepi radas.

Æ     Pastikan pengawal putaran pengacau magnet berada di paras putaran terkecil sebelum suis dipasang.


  Menyambung dan Mengasingkan Radas-Radas Kaca


Æ     Memasukkan tiub kaca ke dalam penutup atau salur getah

Ü     Pastikan hujung tiub kaca telah ditumpulkan denga api dan saiz lubang atau salur getah sesuai (muat) untuk tiub kaca

Ü     Sapukan bahan pelicin seperti minyak, air atau gliserol pada tiub kaca dan lubang penutup   getah

Ü     Pegang tiub kaca di bahagian yang paling hampir dengan penutup getah dan masukkan secara tekan dan pusing

Ü     Gunakan pengalas tangan seperti sarung tangan, kain atau tuala semasa menjalankan    kerja-    kerja tersebut

Æ     Mengeluarkan tiub kaca daripada penutup getah atau salur getah

Ü     Tiub kaca boleh dikeluarkan daripada penutup getah dan seumpamnya secara menekan penutup getah dengan benda berat seperti kayu atau besi supaya getah menganjal. Kemudian cabut tiub kaca perlahan-lahan secara tarik dan pusing.

Ü     Sekiranya cara ini tidak berkesan, potong sahaja penutup getah tersebut.


Æ     Salur getah yang disambung kepada kondenser perlu diketatkan dengan dawai. Tukar salur getah tersebut sekiranya sudah pecah, keras atau lama.

Æ     Periksa radas kaca sebelum digunakan. Radas kaca yang rosak atau pecah hendaklah diletakkan di tempat khas. Jangan diletakkan di tempatnya semula atau dimasukkan ke dalam sinki atau dibuang ke dalam bakul sampah.


  Menyimpan dan Menyusun Radas Kaca


Æ    Jangan meyimpan radas kaca di tempat yang lebih tinggi daripada anda.

Æ     Di para yang bertingkat-tingkat, radas kaca yang berat hendaklah disimpan di tingkat bawah dan radas yang lebih ringan disimpan di tingkat atas.

Æ     Radas kaca yang lebih tinggi hendaklah disusun di bahagian belakang para dan radas yang lebih rendah disusun di bahagian hadapan para.

Æ     Radas kaca yang memanjang seperti buret, pipet dan seumpamnya hendaklah disusun melintang. Pastikan tiada bahagian yang menunjul ke atas.

Æ     Radas kaca jangan dicampur dengan peralatan-peralatan logam.    

   

       

No comments:

Post a Comment