Wednesday, 14 September 2011

Penyimpanan Peralatan Sains


  • Radas kaca
          Semua radas kaca perlu dibersihkan  sebelum disimpan. Bahan-bahan kaca disimpan dalam almari tertutup. Untuk keselamatan, radas disimpan di tempat rendah. Semua radas disusun mengikut saiz. Radas kecil seperti piring petri dan slaid mikroskop disimpan di dalam dulang, kotak atau laci tertutup dan dilabel. 
  • Bahan kimia
            Bahan kimia seperti bahan berasid atau beralkali tidak perlu disimpan di dalam makmal. Bahan ini boleh dibawa dari rumah apabila perlu. Murid-murid diingatkan bahawa bahan-bahan ini boleh mengakis kulit dan mata. Botol spesimen dengan awet basah disimpan dalam almari kaca terkunci dan perlu ditutup dengan ketat. Ini terutama sekali jika larutan formalin diguna. 

            Bahan kimia berbahaya harus dlabel dengan simbol yng berkaitan dan disimpan mengikut jenis. Untuk setiap jenis bahan kimia, botol diatur ikut urutan abjad. 
  • Radas optik
             Radas optik perlu disimpan dengan berhati-hati agar tidak tergores.Kepingan stirofoam diguna untuk menyimpan radas optik seperti kanta dan prisma agar mudah dipindah dan selamat. 

            Mikrokop dan binokular disimpan di tempat yang kering. Keadaan kering dapat diwujudkan dengan gel silika atau disimpan dalam almari dengan mentol yang berpasang untuk mengelakkan pertumbuhan kulat. 
  • Radas elektrik

             Radas elektrik harus diselenggara dengan betul. Jika ada radas yang rosak, pembaikan perlu dibuat dengan segera atau diganti.Juru teknik berpengalaman diperlukan untuk radas elektrik yang kompleks seperti projektor overhead dan peti sejuk. 


             Murid sekolah rendah hanya dibenarkan bereksperimen dengan bekalan elektrik dari bateri. Radas elektrik lain hanya diguna oleh guru dan ditunjukkan oleh guru melalui demonstrasi. 
                  

CARA SELAMAT MENGGUNAKAN RADAS KACA


  Memanas dan Menyejuk

Æ     Jangan tinggalkan radas dengan tidak diawasi semasa penyejatan. Ini mungkin menyebabkan radas meletup atau retak apabila meningkat kepada keadaan kering.

Æ     Sentiasa sejukkan radas selepas pemanasan dengan perlahan-lahan. Ini akan menjauhi radas daripada pecah secara terma.

Æ     Jangan memanaskan radas di bahagian yang tercakar atau retak. Di sini kekuatan terma adalah lemah.

Æ     Pastikan radas kaca tahan terhadap suhu panas sebelum dilakukan pemanasan.

Æ     Selalu gunakan batu didih di dalam radas semasa kandungannya perlu dipanas secara mengejut atau cepat.

  Mencampur dan Mengacau

Æ     Semasa menggunakan alat pengacau sama ada kaca atau pengacau mekanikal, anggaran mesti dibuat terhadap tingginya pengacau tersebut untuk mempastikan pengacau tersebut tidak mengenai ke permukaan bawah dan tepi radas.

Æ     Pastikan pengawal putaran pengacau magnet berada di paras putaran terkecil sebelum suis dipasang.


  Menyambung dan Mengasingkan Radas-Radas Kaca


Æ     Memasukkan tiub kaca ke dalam penutup atau salur getah

Ü     Pastikan hujung tiub kaca telah ditumpulkan denga api dan saiz lubang atau salur getah sesuai (muat) untuk tiub kaca

Ü     Sapukan bahan pelicin seperti minyak, air atau gliserol pada tiub kaca dan lubang penutup   getah

Ü     Pegang tiub kaca di bahagian yang paling hampir dengan penutup getah dan masukkan secara tekan dan pusing

Ü     Gunakan pengalas tangan seperti sarung tangan, kain atau tuala semasa menjalankan    kerja-    kerja tersebut

Æ     Mengeluarkan tiub kaca daripada penutup getah atau salur getah

Ü     Tiub kaca boleh dikeluarkan daripada penutup getah dan seumpamnya secara menekan penutup getah dengan benda berat seperti kayu atau besi supaya getah menganjal. Kemudian cabut tiub kaca perlahan-lahan secara tarik dan pusing.

Ü     Sekiranya cara ini tidak berkesan, potong sahaja penutup getah tersebut.


Æ     Salur getah yang disambung kepada kondenser perlu diketatkan dengan dawai. Tukar salur getah tersebut sekiranya sudah pecah, keras atau lama.

Æ     Periksa radas kaca sebelum digunakan. Radas kaca yang rosak atau pecah hendaklah diletakkan di tempat khas. Jangan diletakkan di tempatnya semula atau dimasukkan ke dalam sinki atau dibuang ke dalam bakul sampah.


  Menyimpan dan Menyusun Radas Kaca


Æ    Jangan meyimpan radas kaca di tempat yang lebih tinggi daripada anda.

Æ     Di para yang bertingkat-tingkat, radas kaca yang berat hendaklah disimpan di tingkat bawah dan radas yang lebih ringan disimpan di tingkat atas.

Æ     Radas kaca yang lebih tinggi hendaklah disusun di bahagian belakang para dan radas yang lebih rendah disusun di bahagian hadapan para.

Æ     Radas kaca yang memanjang seperti buret, pipet dan seumpamnya hendaklah disusun melintang. Pastikan tiada bahagian yang menunjul ke atas.

Æ     Radas kaca jangan dicampur dengan peralatan-peralatan logam.    

   

       

THE JOURNEY ENDS...... :)

Akhirnya.... persiapan terakhir dilakukan sebelum lawatan daripada pensyarah dan rakan-rakan untuk melihat dan menilai projek makmal daripada kumpulan kami...
                                  
                                           - Laluan Keselamatan

SEBELUM
    

SELEPAS


- Rak menyimpan bahan atau radas di makmal



SEBELUM

SELEPAS

- Keadaan di bilik persediaan



SELEPAS
  
-Bahan kerja murid, skrap book dan juga taman sains mini
 
SEBELUM
SELEPAS
SALAH SATU SIMBOL YANG PERLU ADA DALAM MAKMAL
 
REKOD-REKOD DALAM MAKMAL SAINS



PEMANDANGAN AKHIR PROJEK :)

Pengendalian Bahan Radioaktif


BAHAN RADIOAKTIF

Kelayakan Guru Sains 
            Guru yang hendak mengunakan sumber atau bahan radioaktif di dalam makmal sains sekolah hendaklah guru yang berpengetahuan dan berpegalaman dalam pengendalian bahan radioaktif. 

Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif 
            Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif perlu mendapat kebenaran daripada Pengarah Pendidikan Negeri.           
            Jubah makmal dan cermin mata keselamatan dipakai semasa menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan radioaktif. Kerja yang menggunakan cecair radioaktif hendaklah dijalankan di atas dulang atau talam. Selepas menjalankan eksperimen, tangan hendaklah dibasuh dengan sabun dengan bersih sebelum meninggalkan makmal. 
            Sumber radioaktif hendakalh dikendalikan dengan pengepit dan jangan sekali-kali memegangnya dengan tangan. Pengunaan sumber cecair atau sumber yang lebih aktif tidak boleh dikendalikan dengan mulut (misalnya dengan menggunakan pipet dan botol basuh). Sumber radioaktif janganlah dihampirkan dengan mata. 
            Bahan radioaktif mestilah disimpan di dalam bekas plumbum. Pemindahan bahan radioaktif mestilah dilakukanoleh guru tertentu yang bertanggunjawab ke atasnya sahaja. Jika sumber radioaktif digunakan, maka sarung tangan keselamatn hendaklah dipakai. 
            Sisa-sisa radioaktif hendaklah dilupuskan mengikut peraturan yang ditentukan baginya (sila lihat cara-cara pelupusan). 

Penyimpanan 
            Sekolah tidak dibenarkan menyimpan lebih daripada 2 millicurie sumber terbuka dalam satu masa dan lazimnya jumlah keaktifan sumber tidak di benarkan 4 millicurie. Sumber radioaktif seperti strontium 90 atau mana-mana nuklid seperti radium tidak boleh digunakan kerana ia membebaskan zarah alfa. 
            Semua bahan yang dibenarkan penggunaannya hendakalah disimpan di dalam stor atau almari bertanda dan berkunci dan jabatan bomba tempatan hendaklah diberitahu tentang bahan-bahan tersebut di dalam simpanan sekolah berkenaan. Stor atau almari tersebut hendaklah berasingan dan dos yang dikeluarkan dari dalamnya hendaklah dikira dan disukat serta ditanda padanya. Seseorang tidak boleh didedahkan kepada sumber radioaktif dengan tidak melebihi daripada 50 milirad setahun. 
            Jika kecurian atau kehilangan sumber radioaktif,   pihak polis, Jabatan Kimia dan Pengarah Pendidikan Negeri hendaklah diberitahu serta-merta. 

 Kemalangan Dalam Makmal 
            Semua sumber dan bekas radioaktif hendaklah dilabelkan dengan terang berserta dengan sumber berbahaya. Ia hendaklah disimpan didalam stor yang tersebut dan terkunci bila tidak digunakan. 
            Bahan-bahan lembab yang tumpah hendaklah dilap hingga kering . Dulang atau bekas  mengisi bahan tumpahan ini hendakalh dibasuh dengan sabun atau bahan pencuci. 
            Sebarang pencemaran di lantai, bangku atau lain-lain permukaan makmal hendakalh dibasuh dengan bersih dan diukur kekuatan keradioaktifannya. 
            Pakaian yang tercemar hendaklah dihantar kepada orang yang pakar dalam bidang teknik pelupusan (seperti Pegawai Keselamatan Radioaktif Hospital) untuk tindakan selanjutnya. 

Pelupusan 
            Bahan radioaktif dibahagikan kepada dua jenis iaitu: 
            (i)   “Sumber Tertutup”
                        (a) Takrif:
                        ( b) Kaedah:
             Sumber yang tidak diperlukan hendaklah dikembalikan kepada   pembekal atau pengeluarnya. Jika sumber tertutup iaitu disyaki merbahaya atau bocor, pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah diberitahu  dengan segera

Pengendalian Selamat Bahan Saintifik dan Bahan Kimia

  1. Dalam bilik sains sekolah makmal, bahan kimia yang disimpan tidak banyak. Bahan-bahan berasid atau beralkali seperti cuka dan agen peluntur tidak perlu disimpan dalam makmal. Bahan-bahan ini boleh dibawa dari rumah.
  2. Sekiranya diperlukan banyak, baki bahan-bahan ini perlu disimpan dalam almari terkunci. Ingatkan murid-murid bahawa bahan-bahan ini boleh mengakis kulit dan mata.
  3. Botol-botol spesimen yang diawet basah dengan menggunakan formalin perlu ditutup dengan ketat dan diletakkan dalam almari kaca yang terkunci.
  4. Formalin dapat mengeraskan protein sekiranya terminum. Wap formalin juga dapat memedihkan mata.
  5. Botol-botol bahan kimia disimpan mengikut jenis, contohnya asid disimpan berasingan daripada alkali. Untuk jenis bahan kimia, aturkan botol-botol mengikut turutan abjad.

Belanjawan, Pesanan dan Pembayaran

Carta aliran kerja bagi Pembelian Barang-barang yang perlu direkodkan


Checklist: Pembelian Barang yang diperlukan di Makmal

Bil
Tindakan
Tanda ( x )
Catatan
1.
2.
3.
4.
5.
Semak senarai pembelian
Isi borang pesanan
Isi borang sebutharga
Isi Borang Pesanan Kerajaan
Poskan



























Proses Kerja Pembelian Barang-barang 
yang diperlukan di Makmal



Bil
Proses Kerja
Pegawai Yang Meluluskan / Dirujuk
Sesi Undang-Undang Peraturan
1.
2. 
3.
4.
5.
6.
7.
Senaraikan pembelian berpandukan baki terakhir semasa semakan stok dan juga senarai tambahan dari guru-guru sains
Mengisi ‘Borang Pesanan Sekolah’ dan diberi kepada Pengetua untuk diluluskan
Mengisi borang sebutharga dan poskan kepada syarikat-syarikat yang berkenaan. Tentukan waktu keperluan
Terima jawapan sebut harga. Berbincang mengenai pembelian barang-barang berdasarkan kualiti dan sebutharganya yang terendah
Mengisi ‘Borang Pesanan Kerajaan’ (BPK)
Daftar BPK ke dalam buku daftar bil.
Poskan Borang Pesanan Kerajaan



Pengendalian Peralatan Elektrik

1. Radas elektrik mesti diselenggarakan dengan baik dan selamat.
2. Sebarang kerosakan atau perpecahan yang dapat dikesan harus dibaiki atau diganti dengan sempurna.
3. Untuk radas yang lebih kompleks seperti plak kuasa, projector overhed dan peti sejuk hendaklah dibaiki oleh juru teknik yang berpengalaman untuk mengelakkan kemalangan.
4. Untuk sains sekolah rendah, murid-murid tidak dibenarkan untuk menjalankan eksperimen yang melibatkan bekalan arus elektrik bervoltan tinggi.
5. Secara langsung walau bagaimanapun, guru boleh mengadakan demonstrasi untuk diperhatikan oleh murid-murid.
6. Murid-murid hanya dibenarkan untuk bereksperimen dengan bekalan elektrik dari bateri.