Wednesday 14 September 2011

Pengendalian Selamat Bahan Saintifik dan Bahan Kimia

  1. Dalam bilik sains sekolah makmal, bahan kimia yang disimpan tidak banyak. Bahan-bahan berasid atau beralkali seperti cuka dan agen peluntur tidak perlu disimpan dalam makmal. Bahan-bahan ini boleh dibawa dari rumah.
  2. Sekiranya diperlukan banyak, baki bahan-bahan ini perlu disimpan dalam almari terkunci. Ingatkan murid-murid bahawa bahan-bahan ini boleh mengakis kulit dan mata.
  3. Botol-botol spesimen yang diawet basah dengan menggunakan formalin perlu ditutup dengan ketat dan diletakkan dalam almari kaca yang terkunci.
  4. Formalin dapat mengeraskan protein sekiranya terminum. Wap formalin juga dapat memedihkan mata.
  5. Botol-botol bahan kimia disimpan mengikut jenis, contohnya asid disimpan berasingan daripada alkali. Untuk jenis bahan kimia, aturkan botol-botol mengikut turutan abjad.

No comments:

Post a Comment