Friday 9 September 2011

Teknik Asas Makmal: Pengawetan Spesimen Biologi


Pengawetan spesimen menjadikan sesuatu specimen biologi tahan lama dan tidak mudah rosak supaya spesimen berkenaan boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar. Dua jenis pengawetan yang asas ialah:

1. Pengawetan basah
2. Pengawetan kering

Pengawetan Basah
1. Bermaksud spesimen diawet di dalam larutan pengawet yang sesuai.
2. Etanol dan formalin merupakan dua jenis bahan yang sering digunakan sebagai bahan pengawet.
3. Etanol adalah bahan pengawet yang terbaik tetapi harganya jauh lebig mahal daripada formalin. Oleh itu, etanol sering digunakan untuk mengawet spesimen yang bersaiz kecil sahaja, mana kala formalin pula digunakan untuk mengawet spesimen yang bersaiz besar.
4. Balang spesimen merupakan bekas terbaik untuk menyimpan spesimen. Jika balang spesimen sukar diperolehi, balang reka ganti yang sesuai boleh digunakan. Sebagai contoh, botol-botol kaca tanpa warna, tinggi, bermulut lebar, dan mempunyai penutup seperti botol Nescafe, adalah sesuai.
5. Pengawetan basah sesuai digunakan untuk menyimpan spesimen haiwan kecil. Sekiranya sesuatu spesimen tumbuhan perlu diawet untuk mengekalkan warna asal bahagian-bahagiannya, maka pengawetan basah juga adalah sesuai.

Pengawetan Kering
1. Untuk pengawetan kering, spesimen tidak direndam dalam sebarang bahan pengawet.
2. Walau bagaimanapun,spesimen yang diawet secara erring tidak boleh bertahan lama sekiranya langkah-langkah penjagaan berterusan kurang diberi perhatian.
3. Tempat penyimpanan harus kering, gelap, bebas daripada kehadiran sebarang perosak dan kalau diizinkan, berhawa dingin.
4. Setiap bahagian bagi sesuatu tumbuhan biasanya disimpan sebagai sampel secara pengawetan kering, tetapi warna asalnya tidak dapat dikekalkan.
5. Koleksi spesimen tumbuh-tumbuhan yang dikeringkan, disimpan dan dikelaskan secara sistematik dipanggil herbarium.
6. Pengawetan kering juga sesuai digunakan untuk mengawet bahagian luaran sesuatu haiwan kecil.

No comments:

Post a Comment