Wednesday 22 June 2011

NOTA PENGURUSAN MAKMAL SAINS

NOTA PENGURUSAN MAKMAL SAINS

KONSEP MAKMAL SAINS
            Makmal Sains adalah salah satu bilik mata pelajaran khas yang dibina untuk pengajaran-pembelajaran amali Sains.
            Ia dibina dengan tujuan untuk melakukan aktiviti dan eksperimen Sains di bawah keadaan yang terkawal.
            Melalui aktiviti penyiasatan dan penemuan secara amali dalam makmal Sains, pelajar dapat mengamalkan ilmu dan kemahiran Sains dengan lebih berkesan.


PENGURUSAN MAKMAL SAINS
     Komponen pengurusan makmal sains meliputi:                                                                                

  1.       Kemudahan dan susunan fizikal makmal sains.
  2.       Anggota struktur organisasi
  3.       Stok yang merangkumi pengurusan buku-buku stok, bahan dan peralatan, dan proses pemerolehan, pembelian, penyelengaraan dan penyimpanan.
Carta di bawah mengilustrasikan secara amnya komponen-komponen pengurusan makmal Sains di peringkat sekolah, institut perguruan dan kolej matrikulasi.



                                                                                                                              
STRUKTUR ORGANISASI MAKMAL SAINS
Pengurusan makmal sains dengan cekap bergantung kepada sikap proaktif dan kerjasama yang erat di antara guru-guru Sains dan pembantu makmal.
Aspek-aspek utama dalam pengurusan makmal Sains ialah:

  1.       Keceriaan makmal Sains                                                                                                                 
  2.       Penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan dan bahan.                                                                                  
  3.       Penggunaan dan penyimpanan peralatan dan bahan
  4.        Keselamatan Makmal Sains


KESELAMATAN DALAM MAKMAL SAINS
Komponen-komponen keselamatan dalam makmal Sains meliputi:

  1.      Persediaan peraturan penggunaan makmal Sains termasuk peralatan dan bahan sains.
  2.      Penyediaan alat pemadam api dan senarai cara menggunakannya.
  3.           Persediaan pelan laluan kecemasan dan latihan kebakaran.
  4.      Persediaan peti pertolongan cemas dan panduan kemahiran pertolongan cemas seperti: luka, pengsan, selar dan lecur, kejutan elektrik, mata terkena bahan kimia atau benda asing, sengatan serangga, terkena asid atau alkali, terhidu gas, tertelan kimia dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment